
Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya)
KUALA KANGSAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) ā Teka-teki orang ramai tentang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akhirnya terjawab pagi tadi dengan penamaan empat calon yang diumumkan di Dewan Jubli Perak, di sini.
Empat calon yang bertanding ialah Datin Mastura Abdul Yazid mewakili Barisan Nasional (BN), Dr. Hjh Najihatussalehah Ahmad mewakili PAS, Dr Ahmad Termizi Ramli mewakili Parti Amanah Negara dan Izat Bukhary Ismail Bukhary sebagai calon Bebas.
Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior ZakariaĀ yang menyemak kertas-kertas penamaan calon berkata tiada calon yang ditolak kertas penamaannya.
Hari mengundi awal akan diadakan pada 14 Jun, manakala Hari MengundiĀ ditetapkanĀ pada 18 Jun.