Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Shahrizat Kesal Taktik Ganas Kempen Pembangkang

By 10 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Ashraf Ahmad Jarkasi

PASIR PANJANG, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Taktik ganas dan menabur fitnah serta tohmahan perlu dihentikan pembangkang.

Demikian yang ditegaskan oleh Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika di sidang media di Pusat Arahan Barisan Nasional Pasir Panjang petang semalam.

“Kami wanita Umno melahirkan rasa kesal terhadap kempen pakatan harapan yang penuh dengan provokasi dan tohmahan terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan isu papan iklan cukup mengguris hati wanita dan pengundi,” ujar beliau.

Tambahnya, “Pembangkang sekarang kini sudah ketandusan isu untuk dimainkan”.

“Pengundi di Sungai Besar mahu pembangunan diteruskan di parlimen ini sebagaimana arwah Noriah Kasnon sebelum ini menjalankan tugas dengan begitu baik,

“Calon YB Budiman bukan sahaja mampu meneruskan kesinambungan bahkan mampu meningkatkan pembangunan di Sungai Besar”, jelasnya lagi.

Shahrizat turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kerana mengambil tindakan yang pantas berkenaan salah laku berkempen khususnya berkaitan isu papan iklan.

Beliau turut mendakwa wanita mendapat sambutan baik daripada pemilih walaupun masuk ke kawasan hitam dan kini kawasan tersebut sudah mula menampakkan tanda cerah dan positif.

“Bagi kami wanita, hadiah yang paling bermakna adalah kemenangan calon pada pilihanraya kecil Sungai Besar pada kali ini”, ujarnya.

Beliau juga sempat beramah mesra dengan pengunjung dan penjaja bazar ramadhan Pasir Panjang dan memasak bubur lambuk sementara menunggu waktu berbuka puasa.

-DK

Tinggalkan komen anda