
Laporan/foto: Mohd Fauzi
GEMENCHEH, 26 Jul (MalaysiaAktif) – Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM) berupaya melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis negara yang cemerlang.

Aktiviti ‘serapuh benang’.
“Skuad YPM ini diharap akan menjadi pewaris serta pemimpin negara yang cemerlang dan terbilang apabila meningkat dewasa kelak.
“Sebelum menjadi pemimpin, pelajar perlu memastikan tanggungjawab utama mereka, iaitu belajar dengan tekun dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan datang tidak lama lagi,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kem A Plus anjuran Yayasan Pelajaran MARA, di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal (AKAL), Felda Bukit Rokan, di sini semalam.

Suhaimizan menyampaikan cenderamata kepada ‘Penghulu’ program.
Turut hadir Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tampin Aminudin Jaafar, dan Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Sembilan Faaez Zanordin.
Kem yang berlangsung dari 22 hingga 24 Julai lalu dan disertai seramai 96 pelajar itu bertujuan untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping dapat meningkatkan jati diri serta semangat patriotik.
-RI





