Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Edaran Jalur Gemilang Gelorakan Semangat Cintakan Negara

By 22 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman/Nur Amielia (Kerian)

PARIT BUNTAR, 22 Ogos (MalaysiaAktif) – Semangat patriotisme terus diperkasakan dengan kempen kibar Jalur Gemilang demi menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan kali ini.

Melekat Jalur Gemilang kepada kenderaan yang lalu di Pekan Lama Parit Buntar.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan tersebut, Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof bersama Pejabat Penerangan Daerah Kerian, Pejabat Menteri Besar Perak, Komuniti MADANI Titi Serong serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kedah turun padang mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat dan para peniaga di sekitar Pekan Lama Dataran Sungai Kerian, kelmarin.

“Saya menyeru masyarakat Parit Buntar untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini. Mari kita zahirkan rasa cinta dan kebanggaan terhadap negara tercinta,” kata Mujahid.

Sesi perkongsian tatacara menggantungkan Jalur Gemilang dengan betul secara santai besama-sama penduduk setempat.

Tambahnya lagi, kehadiran Pejabat Penerangan Daerah Kerian sangat penting kerana dapat memberikan perkongsian mengenai tatacara mengantungkan Jalur Gemilang dengan betul agar tiada isu sensitif seperti kes mengantungkan bendera secara terbalik yang tular baru-baru ini.

Hasil tinjauan Malaysia Aktif mendapati sambutan yang diberikan oleh orang ramai sangat baik dan teruja kerana di samping dapat menunjukkan rasa semanagat perpaduan malah, dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda