Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

JIWA Komuniti MADANI Semarakkan Sambutan HKHM 2025 di Pendang

By 23 Ogos 2025Ogos 24th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 23 Ogos (MalaysiaAktif) – Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 telah diadakan dengan penuh meriah di Dewan Terbuka, Taman Seri Pendang, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Peserta program mengambil kesempatan bergambar bersama Suraya.

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang berjaya menarik kehadiran ramai penduduk setempat dalam suasana penuh harmoni dan diikuti dengan edaran Jalur Gemilang kepada peserta sebagai simbol menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara.

Salah seorang peserta, Musliha Usman, 46, berkata penganjuran program sedemikian bukan sahaja membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta kerjasama komuniti selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

“Program sebegini menyerlahkan semangat kebersamaan masyarakat dalam meraikan Bulan Kebangsaan apabila kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik yang membangkitkan rasa bangga terhadap negara,” katanya.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Pendang Syamimi Aaizag Ibrahim, penghayatan semangat kemerdekaan perlu dizahirkan sepanjang Bulan Kebangsaan dan bukan hanya pada tanggal 31 Ogos semata-mata.

Sebahagian peserta yang hadir.

“Bukanlah sesuatu yang sukar untuk menzahirkan rasa cinta kepada tanah air, tetapi cukup dengan membeli sehelai Jalur Gemilang berharga RM2 sebagai tanda semangat patriotisme.

“Jika generasi terdahulu sanggup menggadaikan wang ringgit dan harta benda demi menuntut kemerdekaan, mengapa tidak kita berkorban sedikit untuk membeli bendera sebagai lambang kasih kepada negara,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Suraya Yaacob yang meluangkan masa beramah mesra bersama warga komuniti dalam program berkenaan.

-RI

Tinggalkan komen anda