
Laporan/foto: Mohd Suhaizad AS/Syaiful SAS (Rompin)
ROMPIN, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Penduduk di Rompin diseru untuk mengekalkan perpaduan bagi menghadapi cabaran yang bakal mendatang pada masa hadapan.

Antara ratusan peserta yang menyertai Fun Run & Fun Walk Ambang Merdeka 2025 di Dataran Rompin.
Menurut Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lantikan Mohd Fadzli Mohd Ramli penduduk di daerah itu perlu mengekalkan perpaduan yang ada dan semangat cintakan negara.
“Perpaduan adalah kunci kekuatan negara kita, melalui semangat kemerdekaan, kita dapat membina masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada sambutan Ambang Merdeka daerah Rompin, di sini malam tadi.

Persembahan sewang antara persembahan kebudayaan yang menarik perhatian pengunjung oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kedaik.
Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk Fun Run, Fun Walk, Pertandingan Tendangan Penalti Bawah 12, Himpunan Pilot Darat Rompin, Himpunan Lady’s Bikers dan gerai jualan makanan yang mendapat sambutan hangat pengunjung.
Dianggarkan kira-kira 3,000 pengunjung hadir ke sambutan berkenaan yang diadakan di Dataran Rompin itu.
-RI





