Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Karnival Bendang Selangor 2025 Tarik 5,000 Pengunjung

By 8 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniff Tukija/Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)

SABAK BERNAM, 8 Sep (MalaysiaAktif) – Karnival Bendang Selangor 2025 yang berlangsung di Semarak Padi Homestay, Parit 2 Timur mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Ir Izham Hashim, menyampaikan ucapan perasmian penutup semasa Majlis Perasmian Penutup Karnival Bendang Selangor 2025.

Program yang berlangsung semalam itu merupakan anjuran bersama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dengan Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam dan agensi kerajaan daerah Sabak Bernam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Ir. Izham Hashim, berkata beliau menyokong sepenuhnya program yang memberikan kebaikan kepada ekonomi setempat.

“Ini adalah inisiatif yang terbaik hasil gabungan kerjasama antara Penyelaras DUN bersama agensi kerajaan yang mampu memberi impak positif dalam meningkatkan ekonomi setempat.

Peserta-peserta aerobikthon bergambar bersama Penyelaras DUN Sabak, Samad Hashim semasa Karnival Bendang Selangor 2025.

“Secara tidak langsung karnival ini juga mampu memperkenalkan tradisi sukan rakyat kepada generasi muda masa kini,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya akan membawa cadangan ke peringkat atasan supaya Karnival Bendang Selangor dijadikan acara tahunan di Sabak Bernam dan dimasukkan dalam kalendar rasmi Kerajaan Selangor.

Karnival yang berlangsung dari 7 pagi hingga tengah malam itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat, termasuk peserta dari Melaka, dengan kehadiran kira-kira seramai 5,000 orang.

-RI

Tinggalkan komen anda