Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Rahmah MADANI Bukti Keprihatinan Kerajaan

By 14 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad (Pendang)

PENDANG, 14 Sep (MalaysiaAktif) – Jualan Rahmah MADANI terus mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat apabila ratusan penduduk mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Pengunjung membuat pilihan barangan keperluan asas di Jualan Rahmah MADANI.

Penganjuran Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung di Kampung Batu 16 semalam itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Hafizullah, 40, selain membuat penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pasar raya berhampiran, jualan itu juga amat membantu keluarga besar sepertinya.

Suraya (kiri) membuat lawatan ke kiosk Jualan Rahmah MADANI.

“Dengan harga barangan keperluan asas yang dijual pada kadar lebih rendah, kami dapat berjimat lebih banyak dan ini menunjukkan kerajaan cakna dengan kesusahan rakyat,” katanya.

Antara barangan yang menjadi tumpuan pada jualan itu ialah beras, minyak masak, telur, ayam serta barangan keperluan asas lain yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

Bagi warga emas dan penduduk di kawasan pedalaman, inisiatif berkenaan adalah satu rahmat kerana membantu mengurangkan beban perbelanjaan bulanan, malah membantu mereka memperoleh barangan keperluan tanpa perlu bersusah payah keluar ke bandar atau pekan.

Harapan penduduk setempat pula adalah agar program sebegitu diperluas ke lebih banyak lokasi pada masa akan datang serta dilaksanakan secara berkala bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai golongan yang memerlukan.

-RI

Tinggalkan komen anda