Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

SEMJANA Awesome! Jiwa Merdeka Dibingkai Seni

By 22 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob/Muhammad Raffiuddin Faizul (Setiu)

SETIU, 22 Sep (MalaysiaAktif) – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana (SEMJANA), di sini menzahirkan bukti cinta kepada negara secara kreatif melalui Program Jendela Malaysia MADANI SEMJANA Awesome!.

Program sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 itu menyerlahkan kreativiti pelajar Tingkatan Enam dan warga sekolah melalui karya seni bertemakan kemerdekaan, perpaduan dan aspirasi Malaysia MADANI.

Setiap hasil bukan sekadar lukisan, tetapi cerminan pandangan generasi muda tentang identiti bangsa.

Pengetua Nor Bashah Mat Yatim program itu bukan sekadar pameran seni, sebaliknya simbol patriotisme yang segar dan berimpak besar.

Senada dengannya, guru cemerlang Seni Visual Nur Shuhada Isa, berkata karya pelajar berjaya menterjemahkan semangat merdeka.

“Mereka bukan sekadar melukis, tetapi menjiwai kemerdekaan dengan warna dan mesej yang mendalam,” katanya.

Selain pameran catan, pengunjung turut disajikan dengan Sudut Keceriaan Bulan Kemerdekaan hasil gotong-royong pelajar dan guru, serta Pameran Barangan Klasik Merdeka yang membawa nostalgia perjuangan sejak 1957.

Acara kemuncak, Bicara Seni Merdeka sebuah platform perkongsian ilmu yang menghubungkan seni dengan patriotisme, sekali gus memberi peluang pelajar menghayati makna merdeka secara lebih mendalam.

-RI

Tinggalkan komen anda