Beberapa orang petugas telah ditemui di lokasi pertandingan hari ini dan antaranya Dr Ngalih Tingi, 47, Pegawai Meja Kawalan (Desk Official/ Umpire Control) bagi acara badminton sepanjang berlangsungnya Borneo Games.

Dr Ngalih Tingi (kanan) memanfaatkan pengalaman luasnya dalam bidang badminton sepanjang Borneo Games.
Sementara itu, Abdul Hakeem Well, 23, jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak yang baru sahaja berkhidmat genap setahun, bertugas di pentas besar seperti Borneo Games memberikan kepuasan tersendiri kerana dapat menyumbang melalui lensa kamera untuk menyampaikan kisah perjuangan atlet kepada masyarakat.

Abdul Hakeem (duduk, tengah) bersedia di posisi strategik bagi merakam detik terbaik melalui lensa kamera.
Beliau menyifatkan pengalaman tersebut sebagai satu penghormatan baginya serta memberi peluang dan motivasi untuk terus berkarya, selain memperkukuh semangat cintakan bidang fotografi yang diceburi.
Bagi Salawati Sharkawi, 49, yang terlibat dengan pengacaraan majlis sejak 1997 menceritakan beliau bermula dengan acara rasmi berskala kecil sehingga ke acara rasmi berskala besar anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Kerajaan Sarawak dan swasta.

Salawati menggalas tugas sebagai juruacara rasmi acara renang Borneo Games.
“Cabaran bagi juruacara semestinya membabitkan pertandingan yang menimbulkan debaran kepada seseorang pengacara, lebih-lebih lagi jika maklumat penting lambat sampai kepada juruacara contohnya keputusan pertandingan, urutan nama tetamu kehormat yang akan menyampaikan hadiah sehingga boleh menyebabkan majlis menjadi tunggang langgang,” ujarnya.

JAV Mohd Azizi Zamri berpengalaman luas mengendalikan peralatan siaraya demi kelancaran majlis dan program.
Kerjasama yang kukuh pula memastikan temasya ini berjalan dengan lancar, aman dan meninggalkan kesan positif bagi semua pihak, terutamanya kepada para atlet yang bertanding.
-RJ-





