Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Seni Ukiran Keris Khazanah Ketamadunan Bangsa

By 29 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisha Farnoh

MELAKA TENGAH, 29 Sep (MalaysiaAktif) – Seni ukiran keris bukan sekadar hiasan pada sebilah senjata, tetapi mencerminkan ketelitian, falsafah serta identiti bangsa Melayu yang diwarisi sejak ratusan tahun.

Mazlee, minat mengukir sejak kecil dan kini mempunyai bengkel bagi menghasilkan seni tangan beliau.

Keris dengan ukiran halus pada hulu, sarung dan pendokoknya memperlihatkan keindahan motif flora, fauna serta simbol kerohanian yang menjadi lambang kekuatan budaya.

Ia bukan sahaja digunakan sebagai senjata pada zaman silam, malah turut menjadi alat penting dalam adat istiadat seperti pertabalan raja dan upacara rasmi.

Menurut encinta pusaka dan pengukir terkenal, Mazlee A. Hamid, 55, seni ukiran keris kini berdepan cabaran apabila jumlah tukang ukir semakin berkurangan kerana minat generasi muda yang kian pudar terhadap warisan ini.

Kayu kemuning antara yang selalu menjadi pilihan para pencinta pusaka untuk menghasilkan hulu keris atau sarung keris.

“Generasi muda harus tampil mempertahankan seni ukiran keris agar tidak hilang ditelan arus moden.

“Usaha memartabatkan warisan ini perlu digerakkan bersama melalui pendidikan, bengkel seni tradisional serta sokongan berterusan daripada kerajaan dan masyarakat,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif di galeri keris miliknya, baru-baru ini.

Mazlee berkata seni ukiran keris bukan sekadar pusaka lama, sebaliknya sebuah khazanah yang membuktikan ketamadunan bangsa.

Justeru, usaha memelihara dan meneruskannya adalah tanggungjawab bersama, khususnya anak muda sebagai pewaris masa depan, katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda