
Laporan/ foto: Fidaus Zaki (Bentong)
BENTONG, 9 Okt (MalaysiaAktif) – Permintaan tinggi terhadap ikan kelah menjadikan penternakan spesies ini sebagai sumber pendapatan lumayan bagi seorang pengusaha di daerah ini.

Palet merupakan makanan yang diberikan kepada ikan kelah bagi memastikan kualiti ikan terjaga
Zainudin Mustafar, 55, dan rakannya Mohd Shafiq Muhammad Shafai, 39, mengusahakan ternakan ikan kelah, tengas serta lampan sungai di kawasan Jalan Kuala Lumpur Lama dan Chamang sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Mohd Shafiq, ternakan mereka telah berusia antara tiga hingga lima tahun dan diberi makanan palet serta anak ikan bagi memastikan kualiti daging yang baik.
“Permintaan terhadap ikan kelah merah sangat tinggi, terutama yang berasal dari Sungai Chamang Bentong dan harga di pasaran mampu mencecah ratusan hingga ribuan ringgit sekilogram,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, semalam.

Zainuddin membersihkan akuarium yang menempatkan ikan kelah
Tambahnya lagi, bagi jenis Short Body yang jarang ditemui, harganya boleh mencecah belasan ribu ringgit sekilogram kerana sukar didapati.
Penternakan ikan kelah ini bukan sahaja menjanjikan keuntungan besar, malah turut membantu memperkenalkan Bentong sebagai antara lokasi tumpuan bagi ikan air tawar premium di Malaysia.
-AA-





