Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ping Pong Platform Kerjasama, Gaya Hidup Sihat Penjawat Awam

By 11 Oktober 2025Oktober 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Sumardi Sugiman/ Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 11 Okt (MalaysiaAktif) – Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Daerah Bau berkampung sehari di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bau bagi menjayakan Pertandingan Ping Pong yang julung kali diadakan di sini, hari ini.

Pertandingan yang dianjurkan MAKSAK Bau dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kolej Komuniti Mas Gading itu berlangsung meriah melibatkan enam pasukan dari beberapa jabatan dan agensi kerajaan di Bau.

Pegawai Daerah Bau merangkap Pengerusi MAKSAK Daerah Bau Eddy Nayoi dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kerana semangat yang diperlihatkan oleh MAKSAK Bau dalam menjayakan pertandingan tersebut.

Pegawai Daerah Bau Eddy Nayoi (kanan) menyempurnakan perasmian pertandingan.

“Program sebegini penting bukan sahaja untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam dan secara langsung sebagai landasan untuk memperkukuhkan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini,” katanya lagi.

Tambah beliau, pertandingan diadakan secara berkumpulan merangkumi lima kategori iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran mendapat penyertaan menggalakkan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Bau, Hospital Bau, Majlis Daerah Bau, Angkatan Pertahanan Bau dan Kolej Komuniti Mas Gading.

Suasana pertandingan yang berlangsung di dewan SJK Chung Hua Bau.

Sementara itu, Pengarah Program merangkap Setiausaha MAKSAK Daerah Bau Aziana Hizazi menjelaskan pasukan yang dinobatkan johan pertandingan kali ini akan membawa pulang hadiah RM300, naib johan RM 200, tempat ketiga RM 150 dan kedudukan keempat RM 150.

“Kita dapat melihat setiap pasukan yang bertanding memberikan persaingan sengit bagi merangkul kejuaran kali ini yang menawarkan hadiah cukup menarik” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda