Skip to main content
JohorBerita Selatan

Banjir Kilat Landa Kampung Mohd Amin

By 13 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin 

JOHOR BAHRU, 13 Dis (MalaysiaAktif) – Hujan lebat luar biasa hampir sejam dengan pertembungan air pasang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Johor Bahru.

Salah sebuah masjid berhampiran Kampung Mohd Amin ditenggelami banjir kilat dan menyebabkan karpet dan peralatan masjid mengalami kerosakan.

Antara kawasan yang terjejas adalah sebuah tadika di Kampung Mohd Amin yang dihuni seramai 18 bayi, 10 kanak-kanak dan enam individu dewasa.

Pegawai Bomba Kanan 1 Zakaria Mohamad berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4:26 petang.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi banjir, didapati perkarangan sekolah tadika dan kawasan rumah penduduk disitu ditenggelami banjir kilat hampir ke paras peha.

“Anggota berjaya membawa keluar 18 bayi, 10 kanak-kanak tadika, lima guru dan seorang tukang masak dengan dibantu oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru dan sukarelawan Ihsan Johor,” katanya ketika ditemui di Kampung Mohd Amin, di sini semalam.

Seramai 18 bayi dan 10 kanak-kanak sekolah tadika diselamatkan dalam operasi yang dijalankan, semalam.

Beliau juga memaklumkan pihak bomba turut membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan banjir kilat yang merupakan lokasi panas panas banjir di sekitar bandar raya ini.

Hujan lebat pada sebelah petang semalam menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan lebih 15 buah rumah dan membabitkan lebih 60 mangsa, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Keadaan banjir mulai surut sekitar pukul 7.30 malam.

-RI

Tinggalkan komen anda