Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Raja Permaisuri Agong: Nilai Persahabatan Kukuh Tunjang Pembentukan Masyarakat Aman dan Harmoni

By 26 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Taufiq Mohd Noor (Kubang Pasu)

JITRA, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa nilai persahabatan merupakan asas penting kepada keamanan sejagat.

“Nilai persahabatan yang kukuh mampu menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat yang aman dan harmoni. Saya menyeru ahli-ahli Pandu Puteri agar sentiasa mengamalkan sikap saling membantu, berempati dan bekerjasama dalam setiap keadaan,” titah Baginda.

Ketibaan Baginda Raja Permaisuri Agong diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Kedah.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Wawasan, di sini semalam.

Keberangkatan Baginda diiringi Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah merangkap Yang Dipertua PPPM Cawangan Kedah serta Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertua PPPM Cawangan Terengganu.

Peserta mendengar perutusan Raja Permaisuri Agong.

Keberangkatan tiba Baginda dan rombongan disambut Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pesuruhjaya PPPM Dato’ Yeoh Soo Keng dan barisan kepimpinan tertinggi persatuan.

Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan berterusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam membentuk generasi wanita yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa kepimpinan serta sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda