
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Malaysiaaktif) — Usaha membawa pulang pelumba Supers Sports 600CC negara, Muhammad Zamri Baba, untuk menjalani rawatan di Kuala Lumpur hanya boleh dilakukan paling awal dua minggu lagi.
Pengurus Pasukan Mushashi Boon Siew Honda Racing, Zulhelmi Ahmad berkata Zamri kini berada di Unit Rawatan Rapi, ICU, Hospital Siloam di Tangerang, Jakarta.
Zamri cedera parah akibat kemalangan pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia, ARRC 2015 di Litar Antarabangsa Sentul, dekat Jakarta, Ahad lalu.