Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

KETENGAH Prihatin, Bantu Pelajar Melanjutkan Pelajaran

By 28 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) terus membuktikan komitmennya dalam menjaga kebajikan penduduk wilayah apabila melaksanakan Program Penyampaian Sumbangan Yayasan KETENGAH Tahun 2026 yang melibatkan penduduk Zon Bandar Bukit Besi, kelmarin.

Pengerusi KETENGAH komited memastikan agar tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pelajaran akibat kekangan kewangan.

“KETENGAH komited memastikan tiada pelajar di wilayah KETENGAH tercicir daripada melanjutkan pelajaran akibat kekangan kewangan.

“KETENGAH sentiasa bersedia membantu penduduk wilayah yang memerlukan sokongan dan pembelaan, khususnya dalam aspek pendidikan yang menjadi tunjang kepada pembangunan modal insan,” kata Pengerusi KETENGAH Dato’ Rozi Mamat.

Turut diadakan, Sumbangan Pembiayaan Pembelajaran di bawah Program Pembangunan Insan (PPI) Yayasan KETENGAH kepada lima orang pelajar dengan peruntukan sebanyak RM1,000 kepada setiap penerima sebagai pemangkin semangat kepada anak-anak wilayah untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Pengerusi KETENGAH menyampaikan sumbangan kepada penerima sebagai tanda prihatin dan tanggungjawap dalam menjaga kebajikan penduduk wilayah KETENGAH.

Pada program sama, KETENGAH turut menghulurkan Sumbangan Bantuan Bencana Kebakaran berjumlah RM2,000 kepada Ismail Ibrahim, pemilik kediaman yang musnah dalam kejadian kebakaran pada Disember tahun lalu.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH Zainuddin Md Zaki serta barisan pengurusan Yayasan KETENGAH.

-RI

Tinggalkan komen anda