Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Masyhur Masjid Felda Jengka 19, Abadikan Nama Tengku Ampuan Pahang

By 5 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syafiq Jamloh (Maran)/Sh. Nurrul (Pahang)

MARAN, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Baharu Felda Jengka 19, di sini kelmarin.

Sultan Pahang,Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang menyempurnakan acara menandatangani papan tanda perasmian masjid.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda berkenan menamakan masjid tersebut sebagai Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Felda Jengka 19.

Al-Sultan Abdullah, bertitah penamaan masjid berkenaan merupakan satu bentuk penghormatan baginda kepada Tengku Ampuan Pahang atas peranan besar yang dimainkan oleh baginda.

Sultan Pahang bercemar duli menyantuni rakyat.

“Namun, yang lebih penting ialah peranan baginda selaku seorang pemimpin wanita di pelbagai institusi dan persatuan wanita, serta sifat baginda yang sentiasa mendekati rakyat,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda memutuskan untuk mengabadikan nama tersebut sebagai tanda memuliakan dan menghargai sumbangan berterusan Tengku Ampuan Pahang dalam menabur bakti kepada negeri dan rakyat Pahang.

-RI

Tinggalkan komen anda