Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Projek Sambungan Tebingan Sri Aman Ubah Landskap Bandar

By 15 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SIMANGGANG, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Projek sambungan Tebingan Sri Aman dijangka memberi nafas baharu kepada pembangunan Bandar Simanggang selepas mendapat persetujuan secara prinsip daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata projek berimpak besar itu dijadualkan bermula tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.

Beliau berkata pelaksanaan projek tersebut bukan sahaja bakal memperindah landskap bandar, malah menjadi tarikan ikonik baharu kepada pelancong serta pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui aktiviti perniagaan.

“Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Premier Sarawak hari ini membuahkan hasil positif apabila beliau merestui pelaksanaan projek sambungan ini demi memastikan perancangan pembangunan bandar dapat dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Tahlil Perdana dan Program Ihya Ramadan di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Lemanak, di sini kelmarin.

Dayang Noorazah turut menyampaikan cek peruntukan khas daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar berjumlah RM5,000 kepada pihak pengurusan Surau Hayatul Islam.

-RJ-

Tinggalkan komen anda