Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kerajaan Pantau Prestasi Projek Pembangunan Sri Aman

By 15 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim/UKAS (Sri Aman)

SRI AMAN, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan Sarawak memperkukuh pemantauan di peringkat lapangan bagi memastikan prestasi penyampaian projek perkhidmatan awam berada pada tahap optimum.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel berkata ia bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual demi manfaat rakyat.

Dr. Muhammad Abdullah (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama Residen Mahra Salleh (duduk, tiga dari kiri), Timbalan Pengarah JKR Ir. Wisil Lichok (duduk, dua dari kanan) serta barisan jurutera dan pegawai teknikal selepas sesi taklimat.

“Tumpuan utama ialah pada projek penambahbaikan jalan di Bandar Simanggang yang menyediakan akses perhubungan lebih selesa dan selamat kepada komuniti setempat.

“Kerjasama yang erat amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek lebih cekap dan telus, selaras dengan komitmen kerajaan untuk mempercepatkan manfaat pembangunan kepada rakyat,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja bagi meninjau status kemajuan projek-projek pembangunan di Bahagian Sri Aman, kelmarin.

Beliau turut menekankan kepentingan sinergi antara agensi pelaksana dalam mendepani cabaran di lapangan.

Hadir sama Timbalan Pengarah JKR Sarawak (Infrastruktur) Ir. Wisil Lichok, Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Timbalan Residen Charlie Keling, serta barisan jurutera dan pegawai teknikal agensi berkaitan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda