Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Hadapi Krisis Global Tenaga dengan Tenang

By 8 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Norhafizah Abd Rahim (Terengganu)

MARANG, 8 April (MalaysiaAktif) – Pemimpin komuniti dan masyarakat di daerah ini menyeru orang ramai untuk kekal tenang dan tidak mudah panik dalam menghadapi krisis tenaga global yang semakin mencabar.

Ketua Komuniti MADANI Pulai Tinggi Adang Daraman berkata masyarakat memainkan peranan penting dengan mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah serta tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang boleh mencetuskan panik.

Peserta yang menjayakan program berjalan laju warga emas di Bukit Payung, Marang.

“Dalam situasi ini, kita perlu kekal tenang dan yakin dengan langkah kerajaan. Amalan penggunaan tenaga secara bijak bukan sahaja membantu negara, malah memberi manfaat kepada semua,” katanya ketika ditemui semasa program berjalan laju warga emas di Bukit Payung, di sini semalam.

Salah seorang peserta Rohaya Mohamed, 50, turut menyuarakan sokongan terhadap seruan tersebut dan berharap rakyat terus bersatu menghadapi cabaran global ini.

“Kita perlu beri kerjasama penuh dan elakkan pembelian panik kerana tindakan itu hanya akan memburukkan keadaan.

“Semangat kebersamaan serta sokongan padu terhadap usaha kerajaan dilihat sebagai kunci utama dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga negara terus terjamin,” ujarnya.

Rohaya Mohamed menyuarakan sokongan terhadap seruan tersebut dan berharap rakyat terus bersatu menghadapi cabaran global ini.

Kerajaan menunjukkan komitmen tinggi dalam menangani isu ini melalui pelbagai langkah strategik, termasuk memastikan bekalan tenaga mencukupi serta melindungi rakyat daripada kesan kenaikan kos dan gangguan bekalan.

Kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat menjadi tunjang kekuatan negara dalam mendepani cabaran semasa. Dengan pendekatan yang bersatu, tekanan dapat dikurangkan dan kesejahteraan rakyat dapat terus dipelihara.

-RI

Tinggalkan komen anda