Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Cuaca Panas, Kering: Elak Aktiviti Pembakaran Terbuka

By 16 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar (Bachok)

BACHOK, 16 April (MalaysiaAktif) – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka terutama di kawasan tanah gambut sewaktu cuaca panas dan kering ketika ini.

Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohd Sukri Tun Hassan berkata tanah gambut sangat mudah terbakar dan kebakaran yang berlaku sukar dipadamkan sekiranya tidak ditangani awal.

“Pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Cuaca panas dan kering sejak 19 Feb lepas dilaporkan telah menyebabkan berlaku beberapa kebakaran tanah gambut di sekitar Kampung Beris Lalang, Telaga Ara, Gelong Badak serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat.

Kejadian berkenaan turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti apabila asap tebal menyelubungi kawasan perumahan dan sekolah berhampiran, sekali gus menjejaskan kualiti udara dan aktiviti harian.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Kebakaran Tanah Gambut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan terus komited melaksanakan usaha pemadaman dan kawalan secara bersepadu, manakala orang ramai digesa segera melaporkan sebarang tanda awal kebakaran bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

-AA-

Tinggalkan komen anda