Skip to main content
Berita TempatanSarawak

PUSAK Martabatkan Warisan Sape Menerusi Program PRMG

By 2 Mei 2026Mei 4th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Jackson Abell (Bau)

BAU, 2 Mei (MalaysiaAktif) – Persatuan Anak Seni Sape Kuching (PUSAK) mempergiat usaha memartabatkan alat muzik tradisional sape kepada generasi muda menerusi Program Revisiting Paku Rock Maze Garden: Green & Gold Experience.

Ketua Biro Pengurusan Seni dan Sosial PUSAK, Martinus Njok berkata penganjuran program reruai merupakan platform terbaik untuk mendekatkan komuniti dengan seni muzik warisan Sarawak.

“Program seperti ini membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali dan mencintai sape sebagai warisan yang harus terus diwariskan. Sape merupakan lambang identiti budaya yang perlu dipelihara agar tidak hilang ditelan arus pemodenan.,” katanya di sini, semalam.

Menurut Martinus, persatuan yang berpusat di Batu Kawa itu kekal komited memperluaskan minat masyarakat terhadap muzik tradisional menerusi pelbagai aktiviti seni dan budaya.

Antara bakat muda yang ditampilkan ialah Awangku Rayhan Putra Johari, 11, dan Awangku Rayyan Putra Johari, 15, yang mula mempelajari alat muzik itu seawal usia tujuh tahun.

Selain pameran, PUSAK turut mengadakan persembahan secara langsung oleh pemain muda bagi memberi pengalaman autentik kepada pengunjung yang hadir.

Beliau menambah, sesi interaktif pengajaran asas sape juga dilaksanakan secara terbuka kepada semua peringkat umur sebagai langkah pemeliharaan seni secara inklusif.

Inisiatif tersebut mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelancong dan penduduk tempatan yang ingin mendalami keunikan instrumen tradisional Borneo.

Penyertaan PUSAK dalam program berkenaan sekali gus memperkukuh usaha pemeliharaan seni budaya tempatan selaras dengan aspirasi pelancongan mampan di daerah Bau.

-RJ-

Tinggalkan komen anda