Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kastam Johor Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Putih Bernilai RM13.46 Juta

By 6 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas sebuah kontena berisi 12 juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM13.46 juta di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini 8 Jun lepas.

Pengarahnya, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata pemeriksaan ke atas kontena berukuran 40 kaki di sebuah gudang itu mendapati kesemua rokok putih berkenaan diikrarkan secara palsu bagi tujuan penyeludupan.

“Kontena tersebut diikrarkan melalui Borang Kastam No. 6, Manifest Transhipment sebagai membawa dagangan Photovoltaic System Components dan dipercayai dalam perjalanan dari China ke Lisbon, Portugal.

“Rampasan rokok putih dengan nilai RM4.8 juta manakala anggaran duti dan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM8.66 juta,” katanya pada sidang media di Menara Kastam Johor, di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan sindiket yang terlibat serta pemilik premis gudang berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu membuat perakuan tidak benar.

-FN

Tinggalkan komen anda