Skip to main content
HomeViral

11 Ditahan Berhubung Kekecohan Di Parlimen – Polis

By 25 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di perkarangan Bangunan Parlimen semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita berumur antara 28 dan 54 tahun.

Beliau berkata kesemua tangkapan dibuat pada pukul 10.15 pagi tadi termasuk seorang wanita yang menyerah diri.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai bukti atau maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menerusi talian 03-40482222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

– Bernama

Tinggalkan komen anda