
Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)
SIK (Kedah), 14 Mac (Malaysiaaktif) – Rakyat Sik la ni (sekarang ini) kalau ada masalah jalan berlubang, paip pecah, longkang tersumbat dan sebagainya, tidak perlu membuat surat atau datang ke pejabat-pejabat kerajaan,”.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, merangkap ADUN Belantek Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata demikian ketika ditemui semasa perasmian Program Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (CTU KKMM) di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Belantek Sik baru-baru ini.
Menurutnya, Sik mempunyai kumpulan media sosial (whatsapp group) dalam kalangan masyarakat Sik bagi membuat apa saja aduan berkaitan pentadbiran di daerah ini. Semua ketua-ketua jabatan di daerah Sik ada di dalam grup tersebut.
Semua aduan atau masalah hanya perlu menghantar gambar dan maklumat ke dalam grup ini dan tindakan serta merta akan terus diambil.
Katanya lagi, kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Jailani Johari ke Belantek ini, telah menyelesaikan banyak masalah penduduk Sik selama ini, terutamanya masalah internet, pejabat pos, dan talian telefon.
Menurutnya, keadaan di luar Bandar sekarang bukan seperti dahulu, hampir semua kemudahan yang ada di bandar, ada juga di luar bandar.
Sempena program ini juga, Kementerian Belia Dan Sukan Daerah Sik (KBS) mengadakan Sukaneka Air untuk kanak-kanak dan dewasa lelaki dan wanita bagi memeriahkan suasana.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Siti Salmiah Md. Ani, acara ini telah melibatkan190 kanak-kanak dan 250 anak-anak muda dari kampong – kampong sekitar Belantek.
Acara ini mensasarkan anak-anak muda serta orang kampong dapat bersatu padu serta bekerja sama melalui pertandingan-anak ini.
Selain itu supaya masyarakat di sini dapat mengenali pemimpin2 tempatan yang hadir, kata Salmiah.
Menurutnya, antara acara yang dipertandingkan ialah terompah gergasi air bergu, sepak raga timbang, pukul bantal, tarik tali, memancing ikan sungai, memancing sampah sarap dan menghubung menyatu kanak-kanak.
Mereka telah berkampung tiga hari untuk membuat persiapan dan melakukan acara saringan.
Katanya, berbeza dengan tarik tali di atas darat, tarik tarik di dalam air lebih mencabar dan menyeronokkan. Ini kerana ia menggunakan paip getah dan licin.
Pemainannya di dalam sungai menjadikannya seperti berkelah, ujarnya lagi.
Seorang penduduk tempatan yang datang bersama anak-anaknya, Rosita Ibrahim@Ahmad, 36, berkata, ramai penduduk kampong ini bernikah dengan orang luar menyebabkan ramai yang kami tak kenal satu sama lain, dengan adanya acara seperti ini barulah mereka dapat berkenalan.
Sukan seperti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk perlu lebih kerap dan diperluaskan lagi aktiviti seperti ini di Belantek, ujarnya.
Bila beramai-ramai masuk ke dalam sungai bermain air dan memberi sokongan, ikatan persabatan menjadi semakin akrab, ujarnya lagi.
Belantek, Sik salah satu kampong dari 55 tempat pendalaman yang telah dipilih oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk diaadakan Program Menghubung Menyatu.
Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Belantek Sik terpilih sebagai lokasi program ini pada 10 dan 11 Mac 2018.