
Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Shamsul Bahari Abdul Shukor (Seberang Perai Utara)
KEPALA BATAS, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Bertam dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara dan Pejabat Belia Sukan Daerah Seberang Perai Utara bekerjasama menganjurkan Program Pemerkasaan Wanita Dan Pembangunan Keluarga bertempat di Dewan Millennium Kepala Batas semalam.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pameran daripada agensi kerajan, gerai-gerai jualan dan juga pertandingan mewarna pelajar-pelajar tadika KEMAS.
Agensi kerajaan juga turut terlibat dalm program dianjurkan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Malaysia dan beberapa agensi lain yang menawarkan pelbagai khidmat nasihat.
Program dirasmikan oleh ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan semasa ucapannya beliau berkata bahwa wanita pada masa kini semakin dilihat menonjol dan memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat.
“Saya berharap wanita akan lebih terus diberi peluang untuk berada sebaris dengan kaum lelaki,” ujarnya.
Turut menyerikan program adalah sesi cabutan bertuah dan juga penyampaian hadiah kepada booth terbaik yang dimenangi oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.