Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kejohanan Tae Kwon Do Salah Satu Pelancongan Sukan Kadamaian

By 2 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA BELUD, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Kejohanan Tae Kwon Do (MGTF) Terbuka Kota Belud yang disertai kira-kira 200 peserta daripada lapan buah daerah pada ahad lalu merupakan salah satu Pelancongan Sukan yang dianjurkan di daerah ini.

Menurut Pengerusi Penganjur, Boniface Jiran kejohanan ini adalah satu usaha untuk membantu para pengusaha pelancongan di Kota Belud khususnya di Kadamaian.

Aksi Ewon semasa Majlis Perasmian Pembukaan

Aksi Ewon semasa Majlis Perasmian Pembukaan

“Kehadiran pasukan-pasukan dari luar daerah Kota Belud, sekurang-kurangnya akan memenuhi pusat-pusat penginapan di sekitar daerah ini seperti rumah inap dan rumah tetamu.

“Diharap pada penganjuran seterusnya, selain bertanding dalam kejohanan, mereka juga boleh bersantai di pusat-pusat pelancongan di sekitar lokasi kejohanan.

Atlet Kebangsaan, Azerul mewakili Beaufort yang mendapat tempat kedua

Atlet Kebangsaan, Azerul mewakili Beaufort yang mendapat tempat kedua

“Dijangkakan pusat kejohanan seterusnya akan diadakan di Dewan Budaya Taginambur apabila siap kelak,” kata Boniface.

Kejohanan anjuran Persatuan Tae Kwon Do Kota Belud dengan kerjasama Persatuan Tae Kwon Do Sabah yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu turut dihadiri oleh beberapa atlet yang pernah mewakili Malaysia ke Kejohanan Antarabangsa di Argentina.

Pensijilan Second Dan Black Belt

Pensijilan Second Dan Black Belt

Kejohanan itu adalah satu platform untuk memilih atlet-atlet Tae Kwon Do mewakili Sabah ke Kejohanan di Sibu Sarawak pada Jun nanti dan seterusnya ke Ipoh Perak pada tahun ini.

Mengulas lanjut menurut Boniface, kejohanan ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pasukan dan berharap pada masa hadapan mereka mampu untuk menganjurkan kejohanan yang lebih besar lagi bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai belia dalam sukan ini.

Pasukan Keningau yang meraih Johan

Pasukan Keningau yang meraih Johan

Majlis Penutupan Kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Saikom juga berharap agar lebih ramai atlet seni mempertahankan diri Tae Kwon Do lahir daripada Sabah seterusnya mewakili negara ke pertandingan antarabangsa.

“Semangat kesukanan harus dijadikan dasar dalam setiap peserta.

Pasukan Beaufort mendapat tempat kedua.

Pasukan Beaufort mendapat tempat kedua.

“Jangan gunakan kemahiran ini untuk perkara-perkara yang tidak baik melainkan untuk mempertahankan diri daripada ancaman yang tidak dijangkakan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Tae Kwon Do Sabah, Paison Bibit berharap agar sukan Tae Kwon Do akan terus berkembang dan mampu mempromosikan disiplin sukan dalam kalangan pesertanya.

Pasukan tae kwon do Pitas

Pasukan tae kwon do Pitas

Pada kejohanan tersebut, Keningau telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dengan pungutan pingat sebanyak 22 emas, 10 perak dan 16 gangsa.

Tempat kedua dimenangi oleh Beaufort dengan 18 emas, 11 perak, 15 gangsa manakala Kota Belud sekadar mendapat tempat ketiga dengan tujuh emas, sembilan perak, 11 gangsa.

Turut disampaikan sijil Second Dan Black Belt kepada Moses Marcel Matijal, Muhd Aizat Masjin dan Ryanna Cinda Jane Jestin iaitu peserta yang berasal dari daerah Beaufort dan Membakut.

EM

Tinggalkan komen anda