Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala Lumpur

Kenduri Ramadan Platform Jelaskan Isu Sebenar

By 12 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Norhasnida Sarani (Wangsa Maju)

WANGSA MAJU, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Program Kenduri Ramadan, edaran bubur lambuk salah satu platform terbaik untuk Jabatan Penerangan (JaPen) menjelaskan isu-isu yang sebenarnya seperti isu Tabung Haji yang dilihat mengundang banyak salah faham dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Erwin Khairul Ahmad, Program ini merupakan kemuncak bagi Program Sepakat – Malaysiaku Harapanku yang telah diadakan pada 19 April lalu sempena menghayati konsep perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pihak kita berpeluang memberi penjelasan berkaitan isu ini secara bersemuka sejajar dengan peranan JaPen itu sendiri iaitu membina komunikasi, memasar informasi dan  membentuk persepsi melalui pendekatan (engagement) sebegini.

Erwin (berbaju biru) memberi penjelasan berkaitan isu semasa dalam risalah yang diedarkan kepada penduduk.

Erwin (berbaju biru) memberi penjelasan berkaitan isu semasa dalam risalah yang diedarkan kepada penduduk.

“Bagi tujuan ini, risalah berkaitan Tabung Haji (TH) bertajuk ‘Fakta Penting Tabung Haji’ turut diedarkan kepada orang ramai,” ujarnya ketika ditemui pemberita pada program tersebut di Perkarangan Madrasah As-Saadah, Seksyen 1, di sini semalam.

Menurut Wakil Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju yang juga Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 6, Wangsa Maju, Sri Tharan, program sebegini dapat menjadi medan mengeratkan hubungan antara penduduk.

“Program sebegini memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali dan memahami peranan agensi-agensi kerajaan, kepimpinan kerajaan baharu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), di samping mengeratkan hubungan masyarakat setempat,” katanya.

Sebanyak 1,800 bekas bubur lambuk disediakan sempena program ini.

Sebanyak 1,800 bekas bubur lambuk disediakan sempena program ini.

Pandangan beliau turut disokong oleh Pengerusi Rukun Tetangga Seksyen 1, Zainal Abidin, yang turut memuji peranan JaPen dalam penganjuran program murni ini.

“Apa yang menarik, penglibatan sukarelawan setempat berbangsa Cina dan India dalam membuat edaran sejumlah 1,800 bekas bubur lambuk membuktikan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini kekal kukuh,” ujarnya yang turut memasak bubur lambuk ini.

Program anjuran JaPen WPKL dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju ini turut disertai seramai 70 anggota dari agensi kerajaan dan juga NGO terlibat seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Balai Polis Wangsa Maju, Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT) Wangsa Maju, Komuniti Harapan Malaysia (KHM), Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) dan Ahli Jawatankuasa Masjid As-Saadah.

Turut hadir, Pegawai Khas (Menjaga Masyarakat Cina) Kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Andre Lai yang turut serta dalam mengedarkan bubur lambuk di program ini.

-SH

Tinggalkan komen anda