
Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail (Machang)
Machang 17 Mei (Malaysia aktif) – Seramai 27 orang pelajar tahfiz Nur Muhammad Machang telah diraikan melalui majlis iftar anjuran Masjid Al Raudah Banggol Judah Machang.
Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan atau KESEDAR, Dato’ Sazmi Miah serta 300 orang anak kariah Masjid Al Raudah Banggol Judah, Machang.
Di samping majlis iftar 27 pelajar tahfiz Madrasah Nur Muhammad juga menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi KESEDAR.
“Majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat sekitar serta mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat,” jelas Sazmi semasa menyampaikan ucapannya.
Sazmi juga menyampaikan sumbangan berupa 700 bakul makanan dan keperluan untuk diagihkan kepada golongan asnaf Parlimen Machang.

Simbolik penyampaian sumbangan 700 bakul touch points untuk diagihkan kepada golongan asnaf Parlimen Machang
“Sumbangan dan bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan golongan ini dalam meneruskan kehidupan seharian di bulan puasa berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat,” ujar beliau selepas majlis iftar.
Sazmi turut berterima kasih kepada pihak penganjur termasuk agensi kerajaan dan orang ramai serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
– NAZ