Skip to main content
HomeViral

80 Peratus Guna FB Sebagai Aplikasi Utama Media Sosial

By 2 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Azrul Hasan (Pulau Pinang)

PULAU PINANG 2 Okt (Malaysiaaktif) — Lebih 80 peratus pengguna Internet melayari Facebook sebagai aplikasi lumrah, justeru menyerlahkan media sosial sebagai satu keperluan utama penduduk negara ini.

Ini dinyatakan penolong pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Izwan Ismail.

Beliau juga berkata jumlah pengguna Internet telah menjangkau sekitar 25 juta orang setakat ini.

Merujuk kepada impak media siber ke atas masyarakat, Mohd Izwan berkata berikutan  perkembangan ini banyak kes didakwa atas pelbagai kesalahan sejak Akta Multimedia 1998 diwujudkan.

Beliau menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati, bertindak bijak dan bertanggung jawab apabila menggunakan media sosial.

Mohd Izhan berkata demikian di Program Taklimat Isu Jenayah Siber bersama lebih 180 pelatih Giatmara Prima, Tasik Gelugor pagi tadi.

Sementara itu, Pengurus Kanan, Giatmara Prima, Tasek Gelugor, Abdul Manan Ibrahim, menyifatkan program ini amat memberi manfaat kepada golongan muda, khususnya yang menjadi pengguna majoriti media sosial masa kini.

 

 

Tinggalkan komen anda