Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sikap Buruk Pengguna Punca Kemalangan Jalan Raya

By 24 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/ Zanizal Zamani (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Sikap pemandu adalah punca berlakunya kemalangan jalan raya, menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dalam ucapannya sempena Program Kempen Keselamatan dan Rumah Selamat Op Selamat 16 sempena Tahun Baru Cina 2020 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU).

Sikap pemandu suka mencelah, menghimpit, melanggar lampu isyarat, memecut sesuka hati di laluan tidak sepatutnya, berlumba di jalan raya, pemandu yang gemar memotong di laluan kecemasan, menukar lorong tanpa isyarat serta  tidak memberikan tumpuan ketika memandu boleh mendorong berlakunya kemalangan.

Ucapan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya, Rumah Selamat Ops Selamat 16 di anjuran IPD SPU

Ucapan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya, Rumah Selamat Ops Selamat 16 di anjuran IPD SPU

Beliau turut menasihatkan semua pemandu jalan raya dan penunggang motosikal agar amalkan cara pemanduan yang baik dan selamat serta  mematuhi peraturan jalan raya.

Kempen Keselamatan dan Rumah Selamat Op Selamat 16 ini telah bermula pada 18 Januari 2020 sehingga 1 Februari 2020 bertujuan untuk mencegah jenayah khususnya kejadian kes pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya, khususnya kemalangan maut ketika musim perayaan.

Di antara yang hadir

Di antara yang hadir

Majlis turut dihadiri oleh ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Ishaq, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Norzainy Mohd Nooror, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Negeri Pulau Pinang, Thurkah Thevi N.Munusamy, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Zulkifli Rashid, dan  ketua-ketua jabatan IPD SPU.

Edaran topi keledar, vest keselamatan dan risalah penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan

Edaran topi keledar, vest keselamatan dan risalah penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan

Pada majlis berkenaan turut diedarkan topi keledar, jaket keselamatan dan risalah penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda