Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

468 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan

By 11 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zanizal Zamani/Ihsan PDRM (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 468 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan ke atas pesalah trafik dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), dengan kesalahan yang dikesan seperti tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai ekzos dan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Operasi dijalankan bersama 15 pegawai dan 174 anggota daripada pelbagai agensi meliputi Cawangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

468 saman/notis dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan

468 saman/notis dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam operasi kali ini sebanyak 501 individu dan 455 buah motosikal telah diperiksa dengan seramai 11 orang ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, 4  org di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

“Operasi sebegini akan terus diadakan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan, selain untuk memastikan penunggang motosikal mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelakkan gelaja negatif daripada terus berlaku dan tidak menjadikan BORR sebagai litar lumba,” katanya kepada media selepas operasi dijalankan, di sini baru-baru ini.

ACP Noorzainy Mohd Noor turut sama dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan

ACP Noorzainy Mohd Noor turut sama dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan

Beliau juga turut mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau kegiatan anak-anak mereka bagi menangani gaya hidup yang tidak sihat ini.

-ii-

 

Tinggalkan komen anda