
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 bilion setahun.
āSektor ini juga melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.
Antara aktiviti yang dibenarkan termasukĀ guntingan dan cucian rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, merias dan merawat kukuĀ serta cucian dan rawatan muka, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di siniĀ hari ini.
Ismail Sabri juga berkata bagi golongan yang berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran pengunjung daripadaĀ kumpulan umurĀ lain.
āIni bagi mengelakkan mereka bercampur dengan orang lain kerana warga emas merupakan kumpulan umurĀ yang berisiko tinggi,ā katanya.
Beliau berkata bagiĀ kanak-kanak bawah umur 12 tahun pula, ibu bapa dibenarkan hadir sama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang.
āSOP yang perlu dipatuhi termasuklah pemakaian pelindung mukaĀ dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu setĀ sarung tangan bagi setiap pelanggan dan jarak antara kerusi tukang gunting perlulahĀ sekurang-kurangnya dua meter,ā katanya.
Ismail Sabri turut meminta pengusahaĀ menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.
— BERNAMA