Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Ketua Menteri Sarawak Dijangka Merasmikan Pesta Lingga 2015

By 5 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Iswandi Kassim (Sarawak)

LINGGA, 5 Okt (Malaysiaaktif) — Pesta Lingga 2015 yang bermula esok akan menggunakan Dermaga Lingga sebagai pentas utama.

Pihak penganjur kali ini menjangkakan lebih 5,000 orang menyaksikan pesta tiga hari yang dipenuhi dengan pelbagai acara dari 6 November hingga 8 November ini.

Antara yang menarik termasuk acara sukan rakyat, seperti Batak Lampong, Pertandingan Lingga Idol, Pertandingan Menyumpit, Bintang Kecil serta persembahan oleh artis tempatan, Ibnor Riza dan Jenario Jeraki.

 

20151104204317

Majlis penyerahan cek untuk Pesta Lingga 2015.

 

Jawatankuasa pengelola menampilkan dua acara baharu kali ini, iaitu Ratu Kebaya Nyonya dan Busana Anggun.

Majlis penyerahan cek bernilai RM60,000 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lingga, Hajjah Simoi Peri kepada Pengerusi Jawatankuas Induk Pesta Lingga 2015 diadakan semalam. Pihak jawatankuasa diwakili oleh Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh.

Dalam ucapannya, Hajjah Simoi berharap Pesta Lingga akan tersenarai dalam kalendar pelancongan negeri Sarawak.

Ke arah mempromosikan hasil tempatan, pihak pengelolal pesta menawarkan tapak gerai jualan dengan kadar sewa serendah RM50.

Majlis Perasmian Pesta Lingga 2015 yang bertemakan “Lingga Mansang Maju” dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

 

 

Tinggalkan komen anda