Skip to main content
Berita TempatanSabah

Jadilah Pembimbing Baik Kepada Masyarakat

By 5 November 2015November 7th, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Chong Jakol@ John (Sabah)

KOTA KINABALU, 05 November 2015, (Malaysiaktif) –  Semua peringkat kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Dalam Bandar (JKDB) disarankan supaya berusaha menjadi mentor yang baik kepada masyarakat agar setiap agenda pembangunan terus mampu dilaksanakan.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Lembaga dan Pembangunan Masyarakat, Yahya Haji Abdul Karim berkata demikian ketika mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh merasmikan Majlis Penutupan Kursus JKKK dan JKDB Kawasan N.9 Tamparuli, Daerah Kecil Tamparuli di sini pada Khamis.

Katanya lagi, warga JKKK dan JKDB tidak boleh leka dengan pencapaian tanpa menilai semula sama ada pencapaian tersebut mampu memberi impak besar pada masa depan.

Kursus selama tiga hari itu disertai seramai 126 orang anggota JKKK dan JKDB.

 

Tinggalkan komen anda