Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Beri Peluang Sehingga 14 Ogos!

By 29 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 29 Jul (MalaysiaAktif) – Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rosol Wahid, berkata kerajaan memberi peluang kepada peniaga dan pembekal topeng separuh muka untuk menghabiskan stok di dalam simpanan mereka sebelum harga maksimum pelitup separuh muka dikuatkuasakan mulai 15 Ogos ini.

“Kerajaan tidak mahu berlaku penganiayaan kepada pembekal dan peniaga-peniaga kecil yang menyebabkan mereka menanggung kerugian sekiranya harga diturunkan secara drastik.

“Pengilang-pengilang juga dapat bersiap sedia dengan harga baharu menjelang 15 Ogos ini,” katanya selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti di Pasar Besar, Kuala Berang.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu ini dimulakan dengan upacara menaikkan Bendera Malaysia ketika lagu Negaraku dimainkan dan penyampaian deklamasi sajak bertajuk “Jasamu Dikenang” oleh Ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Hulu Terengganu, Ab Malek Munir, 55 dan Ahli Persatuan Pesara Polis Hulu Terengganu, Mohammad Nawi Harun, 63 ternyata meruntun hati para hadirin yang hadir.

Upacara menaikkan Bendera Malaysia ketika permulaan program.

Upacara menaikkan Bendera Malaysia ketika permulaan program.

Terdahulu, Rosol mengajak semua rakyat Malaysia mengenang kembali dan menghargai kepayahan serta pahit getir yang terpaksa ditempuhi oleh pejuang-pejuang negara dalam perjuangan memerdekakan dan mempertahankan tanah air tercinta ini sehingga mengorbankan nyawa mereka.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato Haji Rosol Wahid sebak mengenang kembali perjuangan pejuang negara.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid sebak mengenang kembali perjuangan pejuang negara.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ketika berucap mengenangkan kembali sejarah perjuangan angkatan Tentera dan Polis yang terkorban semasa bertugas demi negara.

Ab Malek Munir, 55 (Veteran ATM) (kiri) dan Mohammad Nawi Harun, 63 (Pesara Polis) pendeklamasi sajak.

Ab Malek Munir, 55 (Veteran ATM) (kiri) dan Mohammad Nawi Harun, 63 (Pesara Polis) pendeklamasi sajak.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dalam daerah Hulu Terengganu serta melakukan upacara melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan di sekitar Pasar Besar, Hulu Terengganu.

-ii-

Tinggalkan komen anda