
Foto: Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA, 28 Ogos (Malaysiaaktif)Ā – Perdana Menteri Ā Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusanĀ khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.
Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusanĀ itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.
Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.
PKPP yang berkuat kuasa pada 10Ā Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini.
— BERNAMA