Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

24 Kes Baharu, 18 Kes Penularan Tempatan dan Enam Kes Import

By 10 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 24 kes baharu dicatatkan melibatkan 18 kes penularan tempatan dan enam kes import, menurut Ketua PengarahĀ Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes baharu tertinggi dilaporkan dari Kluster Sungai,Ā KedahĀ melibatkan 13 kes manakala duaĀ kes dari Kluster Benteng, Sabah.

ā€œDaripada 18 kes penularan di dalam negara, 16 melibatkan warganegara dan dua adalah bukan warganegara,ā€ katanya.

Kedah mencatatkan 16 kes baharu dengan 13 kesĀ daripada Kluster Sungai; satu kes daripada Kluster Tawar; satu kes daripada Kluster Telaga; dan satu kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah manakala Sabah merekodkan dua kes daripada Kluster Benteng.

Enam kes merupakanĀ kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.

Katanya, enam kes import tersebut adalah dari Bangladesh (dua kes: satuĀ kes di Negeri Sembilan, satuĀ kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); China (satuĀ kes di Sabah); Indonesia (satuĀ kes di Sabah); Singapura (satuĀ kes di Sarawak); dan Korea Selatan (satuĀ kes di Selangor).

ā€œKes import melibatkan bukan warganegara telah memasuki Malaysia sebelum pelaksanaan sekatan kemasukan yang mula berkuat kuasa pada 7 Sept.

ā€œDua kes dari Bangladesh tiba di Malaysia pada 6 SeptĀ dan telah disaring pada hari yang sama manakala satu kes dari China tiba di Malaysia pada 5 SeptĀ dan disaring pada 6 Sept,ā€ katanya.

Beliau menjelaskan keputusan ujian saringanĀ individu terlibat dilaporkan positif COVID-19 semalam serta beberapa kes import dilaporkan kelmarin.

Sementara itu, Dr Noor HishamĀ memaklumkan hasil siasatanĀ mendapatiĀ kes positifĀ dalamĀ kalangan petugas kesihatan KKM kebanyakan berpunca daripada penularanĀ dalamĀ kalangan petugasĀ itu sendiri.

Katanya, ini menyumbangĀ kepadaĀ 53 peratus daripada keseluruhan kes melibatkan petugas kesihatan, jangkitan daripada komunitiĀ (22 peratus), manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status COVID-19 sebanyak 17 peratus.

ā€œSetakat ini, tiada petugas kesihatan KKM yang dijangkiti COVID-19 semasa pengurusan pesakit disahkan COVID-19 di wad COVID-19 atau di ICU,ā€ katanya.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda