Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Struktur Rumah Runtuh, Tiga Mangsa Cedera

By 13 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Tiga sekeluarga cedera selepas dihempap struktur rumah dalam kejadian di Jalan Berlian 8, Kampung Wira Damai, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, Nurfatin Syafinaz Rohman, 27 dan bayi lelaki berusia dua bulan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Selayang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Syauqi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.16 petang dan sampai di lokasi 20 minit kemudian.

Ketua Balai Bomba Bandar Baru Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah ketika ditemui pihak media.

Ketua Balai Bomba Bandar Baru Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah ketika ditemui pihak media.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati terdapat empat mangsa di dalam rumah berkenaan namun telah dikeluarkan oleh orang ramai. Mangsa terlibat adalah seorang lelaki (suami), isteri serta dua anak lelakinya yang berusia dua bulan dan empat tahun.

“Jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) telah membawa dua mangsa iaitu ibu dan bayinya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, berat struktur yang runtuh dianggarkan lebih 100 kilogram dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti risiko-risiko yang mungkin akan berlaku lagi.

“Pihak Bomba menasihatkan rumah terbabit dan jirannya untuk mengosongkan kediaman mereka kerana khuatir serpihan runtuhan yang masih ada akan runtuh lagi dan siasatan awal mendapati bumbung dan dinding yang memisahkan rumah berkenaan dengan rumah sebelah telah runtuh,” katanya.

Ibu mangsa, Faizah Mohd Hussin sedang mengait buah mangga di luar rumah ketika kejadian berlaku.

Ibu mangsa, Faizah Mohd Hussin sedang mengait buah mangga di luar rumah ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, ibu mangsa, Faizah Mohd Hussin, 68, berkata ketika kejadian beliau berada di luar rumah sedang mengait buah mangga.

“Saya keluar rumah selepas bercakap dengan anak saya dan mungkin dia masuk bilik untuk menyusukan bayinya ketika kejadian, kemudian terdengar bunyi kuat dan saya masuk ke dalam rumah dan mencari anak dan cucu saya sebelum menjerit meminta tolong.

“Dinding yang runtuh menghempap anak serta cucu saya dan keadaannya tidak sedarkan diri ketika itu,” katanya.

Katanya, beliau dimaklumkan menantunya bahawa kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan telah bercakap dengan anaknya melalui telefon pagi tadi.

-SH

Tinggalkan komen anda