
Oleh Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)
KANGAR, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Calon UPSR 2015 di Perlis berjaya mendapat keputusan yang terbaik dalam tempoh 5 tahun, demikian pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis hari ini.
Sementara itu, 45 daripada 76 buah sekolah di Perlis meningkat dari segi gred purata sekolah.
Sekolah yang mendapat keputusan UPSR terbaik tahun ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Indera , Sekolah Rendah Agama Islahiah, SK Sena , SK Putra , SK Stella Maris , SK Guar Nangka, SK Titi Tok Bandar , SK Institut Perguruan Guru , SJK (C) Simpang Empat, SK Oran dan SK Jejawi .
Manakala 55 buah sekolah mempunyai calon yang mendapat keputusan semua A, antaranya SK Sri Indera 41 calon, SK Tengku Budriah 28 calon, SK Jejawi 20 calon, SK Sena 19 calon , SK Kayang 17 calon, Sk Stella Maris 16 calon , SK Oran 15 calon, SK SR Islam 1, 13 calon, SK Sri Tunjung, 11 calon dan selebihnya kurang dari 10 calon mendapat semua A di 46 buah sekolah.
Calon UPSR mendapatkan keputusan mereka pada pukul 10.00 pagi tadi di sekolah masing-masing.