
Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 26 Nov (Malaysiaaktif) — Hujan lebat dan angin ribut menyebabkan sebatang pokok tumbang menyembah bumi di sini petang Isnin lepas.
Kejadian menyebakan trafik dari Jalan Kelab Cinta Sayang berhampiran The Carnival Water Park ke Bandar Amanjaya tergendala hampir dua jam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Lt Muda (PA) Azahar Ahmad,berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kejadian kes pokok tumbang yang berlaku pada kira-kira 3.00 petang.
Sebuah jentera operasi bersama lima anggota diketuai oleh Sarjan (PA) Omar Lazim dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memotong pokok yang tumbang itu.
Azahar berkata aliran trafik kembali pulih dan tiada sebarang kecederaan dan kemalangan berlaku dilaporkan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca yang tidak menentu melanda daerah Kuala Muda sejak kebelakangan ini.