Skip to main content
Berita TempatanKedah

Pokok Tumbang Akibat Angin Ribut Di Jalan Kelab Cinta Sayang

By 26 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 26 Nov (Malaysiaaktif) — Hujan lebat dan angin ribut menyebabkan sebatang pokok tumbang menyembah bumi di sini petang Isnin lepas.

Kejadian menyebakan trafik dari Jalan Kelab Cinta Sayang berhampiran The Carnival Water Park ke Bandar Amanjaya tergendala hampir dua jam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Lt Muda (PA) Azahar Ahmad,berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kejadian kes pokok tumbang yang berlaku pada kira-kira 3.00 petang.

Sebuah jentera operasi bersama lima anggota diketuai oleh  Sarjan (PA) Omar Lazim dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memotong pokok yang tumbang itu.

Azahar berkata aliran trafik kembali pulih dan tiada sebarang  kecederaan dan kemalangan berlaku dilaporkan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya  berhati-hati dan dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca yang  tidak menentu melanda daerah Kuala Muda sejak kebelakangan ini.

 

Tinggalkan komen anda