Skip to main content
Berita SelatanMANegeri Sembilan

Klinik Kesihatan Rompin akan Beroperasi Januari 2022

By 24 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 24 Feb 2021 (Malaysiaaktif) – Penduduk di kawasan pekan Rompin dan sekitarnya menarik nafas lega kerana permintaan untuk didirikan klinik kesihatan akhirnya bakal direalisasikan dengan jangkaan pengoperasian awal tahun 2022 depan.

Jika sebelum ini, masyarakat di sini perlu ke Klinik Kesihatan Bahau yang mengambil masa kerana jarak lebih 30km sehala dan membebankan terutamanya untuk pesakit kritikal, namun dengan adanya pembinaan klinik kesihatan yang baru ini bebanan masyarakat terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang akan dapat diatasi.

Menurut Norizam Othman, 60, sebelum ini saya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bahau yang jaraknya jauh dan masa menunggu terlalu lama kerana klinik kebiasaannya sesak.

“Klinik Kesihatan Bahau menjadi sesak kerana bukan sahaja masyarakat di DUN Bahau yang pergi kesana tetapi juga masyarakat di DUN Jeram Padang turut mendapatkan rawatan di sana,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan tapak baru-baru ini, kenyataan daripada pihak pemaju berkata keseluruhan pembinaan Klinik Kesihatan Rompin dijangka akan siap sepenuhnya pada 16 Ogos 2021 dan akan beroperasi pada awal tahun 2022.

“Dengan luas kawasan pembinaan sebanyak 7.4 ekar dan menelan perbelanjaan sebanyak RM34 juta klinik kesihatan ini akan memanfaatkan lebih dari 25000 penduduk setempat berhampiran.

“Selain itu, dengan kapasiti seramai 150 orang dapat dimuatkan dalam satu-satu masa, klinik ini akan dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik x-ray, klinik pergigian dengan kelengkapan makmal dan wad bersalin untuk kes kecemasan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang Datuk Manickam Letchuman, berkata pembinaan ini adalah sesuatu yang telah lama diperjuangkan dan semoga ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penduduk di DUN ini.

-FF

 

Tinggalkan komen anda