Skip to main content
Berita TempatanJohor

Pelancaran Program ‘Sahabat Maritim’ Di Batu Pahat

By 30 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mazlin binti Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Pelancaran Sahabat Maritim, Pangkalan Maritim Batu Pahat berlangsung pada Sabtu lepas.

Majlis di Hentian Mahkota, Parit Simin itu bermula pada pukul 8.00 pagi dan merupakan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Komuniti Nelayan Parit Simin, Mukim Bagan.

maritim3

Pelbagai aktiviti, termasuk pertandingan tarik tali, pertunjukan pasukan Maritim, bantuan kepada pesakit kronik, dan pertunjukan kuda kepang menarik ramai penduduk kampung persekitaran untuk memeriahkan majlis.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.

Program “Sahabat Maritim” merupakan langkah penjenamaan semula program jiwa murni/khidmat komuniti Maritim Malaysia dan juga semua program/aktiviti-aktiviti bersama komuniti maritim.

 

Tinggalkan komen anda