Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

AADK Gantung Kain Rentang, Tingkatkan Kesedaran Awam Perangi Dadah

By 4 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat/Muhammad Isa Ariffin (Kluang)

KLUANG, 04 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan pada dasarnya telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memerangi ancaman dadah yang telah dikategorikan sebagai musuh nombor satu negara dan menyasarkan ‘Dadah Terkawal 2025’ sebagai perancangan dalam jangka masa lima tahun yang akan datang seiring dengan matlamat Dasar Dadah Negara.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) merangkap Pegawai Daerah Kluang Jamaludin A. Hamid, sejajar dengan objektif kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara, pelbagai usaha dilaksanakan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) bagi menanganinya antaranya dengan memasang kain rentang di kawasan tumpuan awam.

“Ini merupakan salah satu langkah bagi menyampaikan mesej antidadah kepada orang ramai melalui iklan statik selain mendidik komuniti tentang kepentingan kesedaran dan tanggungjawab mencegah gejala dadah serta pelencongan sosial.

“Kempen ini merupakan satu kaedah pendekatan secara holistik dan inklusif dalam mempergiatkan penyertaan komuniti dan kolaborasi pelbagai pihak yang aktif dan berdaya huni dalam mewujudkan kualiti persekitaran setempat yang aman dan selamat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pemasangan Kain Rentang Kempen Antidadah dan Kesedaran Awam di Pasar Awam Kluang, di sini hari ini.

Tambah beliau, masyarakat perlu sedar tentang masalah penyalahgunaan dadah dan kesannya jika ia tidak dapat ditangani secara holistik oleh semua pihak yang akan mengundang kemudaratan yang lebih besar kepada negara pada masa hadapan.

“Saya juga berharap agar seluruh jabatan dalam MTMD dapat bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha membantu AADK untuk mencegah penyalahgunaan dadah, substance dan pelencongan sosial.

“Kempen kesedaran ini membuktikan bahawa kerajaan memandang serius masalah penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di daerah ini khususnya bagi memastikan daerah Kluang Sejahtera Tanpa Dadah,” ujarnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda