Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Kecoh Sahur Kongsi Rezeki Bersama Golongan Asnaf

By 26 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azreen Ahmad / Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

JASIN, 26 Apr (MalaysiaAktif) – Bergerak secara Inisiatif Bersepadu, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jasin (AADK) bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jasin dan Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Jasin telah melaksanakan Program Skuad Prihatin “Kecoh Sahur” di sekitar Kawasan Dun Sungai Rambai.

Menurut, Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Jasin, Zaini Mohamad, 43, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli Skuad Antidadah tentang sikap kesukarelaan dalam membantu pihak kerajaan khususnya AADK tanpa mengira masa.

“Memberi pendedahan kepada generasi muda berkaitan tugas-tugas murni membantu masyarakat dalam kesusahan, ini akan memberi mereka melihat sendiri kepayahan orang lain dan memupuk sikap membantu dan membudayakan kerja sukarelawan,”ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai AADK Daerah Jasin, Siti Aminah Talib,38, berharap program sebegini dapat diteruskan sebagai salah satu cara mendekati masyarakat dan memastikan penyampaian perkhidmatan dirasai oleh golongan sasar.

“AADK akan sentiasa memberi kerjasama dalam pelbagai program kemasyarakat lebih-lebih lagi membabitkan NGO dan agensi kerajaan lain, ini mampu memberi impak positif kepada kejayaan sesuatu program,” kata Siti Aminah.

Sumbangan ke rumah asnaf DUN Sungai Rambai.

Sumbangan ke rumah asnaf DUN Sungai Rambai.

Juadah bersahur telah di taja oleh McDonalds Cawangan Bukit Katil, bawah program CSR bersama masyarakat dan turut sama dalam program ini adalah, Pegawai Belia & Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Ahmad Ghazali.

-FF

Tinggalkan komen anda