Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bantuan Bakul Makanan Ceriakan Golongan Asnaf

By 11 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 11 Mei (Malaysiaktif) – Seramai 20 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada kalangan asnaf bersyukur dan gembira apabila menerima bantuan barangan keperluan harian yang disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Abdullah Sulaiman, 57, bantuan barang keperluan asas diagihkan bertujuan untuk meringankan beban golongan asnaf yang benar-benar terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Antara barang yang disumbangkan ialah barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, makanan dalam tin, biskut, kopi, teh dan lain-lain lagi,” katanya.

Hishamuddin bergerak ke lokasi rumah golongan asnaf untuk menyampaikan sumbangan.

Hishamuddin bergerak ke lokasi rumah golongan asnaf untuk menyampaikan sumbangan.

Salah seorang penerima, Zaharah Ab Rahman, 61, berkata bantuan ini dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga memandangkan beliau seorang suri rumah.

Katanya lagi, dia kini terpaksa berjimat-cermat menggunakan semua duit simpanan yang ada bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

“Selepas mendapat tahu Yang Berhormat mahu turun padang menyampaikan bantuan bakul makanan kepada rakyat terjejas, saya segera menghubungi Pengerusi JPKK memaklumkan keadaan sebenar kami,” katanya.

Zaharah Ab Rahman, 61 berkata bantuan tersebut dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga.

Zaharah Ab Rahman, 61 berkata bantuan tersebut dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga.

Nafisah Ahmad, 42, melahirkan rasa terima kasih apabila pihak kerajaan tampil menghulurkan bantuan kerana beliau bergantung sepenuhnya dengan gaji suami yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Saya bersyukur atas keprihatinan pihak kerajaan yang memperkenalkan program turun padang terutama pada musim perayaan seperti ini sekaligus meringankan beban golongan asnaf yang hilang punca pendapatan,” katanya.

Nafisah Ahmad, 42 menerima sumbangan daripada Hishamuddin.

Nafisah Ahmad, 42 menerima sumbangan daripada Hishamuddin.

Turut hadir Setiausaha Pertubuhan Fisabilillah Negeri Terengganu Mohd Syahrizal Abdul Rashid, yang turun padang bersama-sama menyampaikan bantuan.

-ii-

Tinggalkan komen anda