Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Johor Bahru Bandar Sihat, Komuniti Sejahtera

By 20 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Town Hall Johor Bahru Healthy City yang diadakan semalam bertujuan memberikan pendedahan tentang penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti serta memastikan rakyat sentiasa dalam keadaan sihat.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Shaharom Nor Azian Che Mat Din empat fokus utama iaitu mempromosi pembudayaan yang sihat, memantapkan perkhidmatan kesihatan, memperkasa kawalan kendiri dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan awam.

“Bandar Johor Bahru Healthy City adalah satu pelaburan dan platform yang sesuai untuk memastikan daerah Johor Bahru sebagai Bandar Sihat, Komuniti Sejahtera pada masa hadapan,” katanya semasa Majlis Perasmian Penutup Town Hall Johor Bahru Healthy City di Dewan Raya Taman Bukit Indah, di sini semalam.

Penglibatan peserta Town Hall Johor Bahru Healthy City terdiri daripada agensi Kerajaan, Swasta, Pihak Berkuasa Tempatan, Persatuan COMBI daerah Johor Bahru, KRT dan Komuniti Keluarga Malaysia daerah Johor Bahru.

-ZS-

Tinggalkan komen anda