Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanWilayah Persekutuan

Lebih Sejuta Hadiri Sambutan Bulan Kebangsaan-Salleh

By 14 Oktober 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

  Oleh: Aishah Latip / Foto:  Fariz Faizal Mohd Nazri

PUTRAJAYA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September lalu menjadi antara yang terbaik sepanjang penganjuran dengan kehadiran melebihi satu juta orang bagi keseluruhan acara yang diadakan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, jumlah yang melebihi satu juta orang itu merupakan keseluruhan bagi semua acara yang dianjurkan sepanjang bulan kebangsaan 2016.

Salleh Said Keruak

Datuk Seri Salleh Said Keruak

“Saya berasa bangga dengan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua. Komitmen yang pada dasarnya merupakan tanggungjawab kerja menjadikan kita lebih erat sebagai satu keluarga yang besar dalam menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Sambutan ulang tahun kebangsaan pada tahun hadapan akan diadakan sekali dengan acara penutupan bagi kejohanan Sukan SEA yang pastinya memberi cabaran penganjuran yang berbeza.

“Apa yang pasti, gerak kerja yang lebih awal perlu dilakukan bagi pelaksanaan acara pada tahun hadapan agar semua program dapat dilaksanakan dengan teratur,”ujarnya yang meraikan lebih 1350 petugas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 dalam Program Jaringan Strategik Merdeka 2016 di Taman Botani pada Rabu.

Majlis turut mengumumkan Pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 dan Pertandingan Video Pendek MyVideo 2016 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 telah disertai sebanyak 1,560 peserta seluruh negeri. Pertandingan ini yang memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti pengibaran Jalur Gemilang.

Pemenang bagi Kategori Bangunan Kerajaan dimenangi oleh Klinik Kesihatan Asakaya, Samarahan, Sarawak yang manakala kategori Bangunan Swasta diraih oleh Rehat dan Rawat (RNR) Gurun Arah Selatan, Kedah. Pemenang masing-masing menerima wang tunai RM3000.

Dr.

Pemenang bagi kategori Bangunan Kerajaan.

Bagi Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Asajaya, Samarahan, Dr Maziah Ishak, 49, pertandingan ini merupakan platform terbaik untuk rakyat Malaysia menghayati makna sehati sejiwa dalam kehidupan seharian kita.

“Penglibatan yang tinggi daripada semua staf, masyarakat kampung dan pelajar sekolah telah menjayakan penyertaan tahun ini. Kami juga langsung tidak menggunakan dana jabatan sebaliknya hanya memungut kutipan daripada setiap anggota klinik,” jelas Dr Maziah.

Johan kategori Kampung (Kampung Tradisional/Kampung Baru Cina/Kawasan Estet/Felda) menjadi milik Kampung Wang Besar, Bintong Perlis manakala Taman Sekati, Manir Kuala Terengganu dipilih sebagai pemenang bagi kategori Taman Perumahan sementara SMK Dato Syed Esa Batu Pahat, Johor telah diangkat sebagai johan kategori Pintu Gerbang. Pemenang menerima RM10 ribu.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Sialan, Tangkak pula telah yang membawa wang tunai RM5000 setelah menjadi johan Kategori Sekolah (Menengah/Kebangsaan/Jenis Kebangsaan).

Bagi kategori Anjung Komuniti 1Malaysia dimenangi oleh Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan manakala kategori Individu (kediaman) dimenangi oleh Muhammad Muzzaman Othman, Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka yang menerima wang tunai sebanyai RM2ribu.

Johan Komuniti 1 Malaysia

Johan Anjung Komuniti 1Malaysia

Pertandingan Video Pendek MyVideo 2016 yang berlangsung pada 16 Ogos hingga 16 September yang lalu pula merupakan pertandingan kandungan penerbitan tempatan terbaik yang penyertaannya berbentuk drama pendek bertemakan rasa cinta kepada negara dan semangat #sehatisejiwa yang berdurasi satu hingga tiga minit.

Johan bagi Pertandingan Video Pendek Myvideo 2016 ini menjadi milik Mohd Zulafin Che Noh yang memenangi wang tunai RM3000. Naib Johan dimenangi oleh Mohd Shahrul Nizam Abdullah dan tempat ketiga dimenangi oleh Ofranis Betley Sinun yang masing-masing membawa wang tunai sebanyak RM2000 dan RM1000.

Turut disampaikan Ikon Patriotik 2016 yang dianugerahkan kepada Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Program Pengukuhan Jaringan Strategik Merdeka 2016 merupakan malam apresiasi kepada petugas yang terlibat dalam menjayakan pengajuran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 yang bermula pada 30 Jun 2016 hingga 16 September 2016.

-SF

Tinggalkan komen anda